Kepada pihak yang berkenaan, kami dengan sukacitanya menawarkan pemasangan vending machine (air tin) di lokasi pihak tuan bagi kemudahan masyarakat sekitar untuk membeli minuman segera. Sesungguhnya dengan adanya vending machine (air tin) ini di lokasi tersebut akan menambahkan lagi bilangan kemudahan awam yang terdapat di tempat tuan.

Pihak kami sedia berbincang bagi menentukan terma dan syarat pemasangan. Sila berhubung dengan kami di talian 013 5068169 untuk urusan tersebut.

Nov 19, 2013

Parts vending machine air tin

1- Column.Tempat dimana air tin/botol diisi. Biasa ada 2 saiz, iaitu saiz air tin dan saiz air botol. Saiz column ini boleh dilaraskan mengikut saiz tin, tetapi ada max saiz yang tertentu.

2 - Control Box. Untuk setting beberapa fungsi seperti lampu dah suhu.

3- Remote Control. Untuk setting display column, harga, counter dan lain2

4-Syiling changer & bill accepter. Parts yang paling penting, untuk menerima dan memulangkan duit.


Nov 14, 2013

Console dalam bahasa Jepun

Aduhai, kebanyakan console vending machine adalah dalam bahasa Jepun.
Manual juga dalam bahasa Jepun.



Nov 12, 2013

Riki lokasi di Panasonic.

Cuba try test riki lokasi di Panasonic, tempat cam best ... Tapi ada org lalu lalang ke..

Nov 11, 2013

Nov 6, 2013

Mengapa vending machine

10 Kelebihan Perniagaan Vending Machine

1.   Beroperasi  24jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun dengan pengawasan yang minima.

2.   Penggunaan ruang yang sangat minima. Oleh itu ianya boleh diletakkan dimana sahaja dengan kadar sewa yang minima juga.

3.   Self Operate, tidak memerlukan sesiapa pun untuk mengoperasikan jualan kerana ianya beroperasi dengan sendirinya. Tiada masalah untuk menangani kerenah pekerja.

4.   Memberi perkhidmatan penjualan minuman ringan yang jenamanya dikenali diwaktu kedai-kedai lain tidak beroperasi kerana ianya beroperasi 24 jam sehari.

5.   Pembelian yang ringkas, cepat & mudah. Pelanggan boleh membeli minuman ringan ini dengan mudah tanpa beratur panjang kerana mesin ini sememangnya diciptakan untuk melakukan transaksi dengan ringkas, mudah, cepat & tepat.

6.   Kualiti minuman terjamin kerana mesin ini sememangnya direka khas untuk menjamin kualiti minuman ( airnya yang disimpan sentiasa sejuk  kerana mesin ini kedap udara) dan juga makanan  pada tahap simpanan & kualiti yang terbaik

7.   Pelbagai jenama minuman, sesuai untuk semua peringkat umur.

8.   Menjalankan urusniaga yang telus jika minuman tidak sampai ketangan pelanggan. disebabkan mesin menghadapi masalah , maka duit anda akan dipulangkan oleh mesin tersebut.

9.   Bantuan kecemasan untuk mereka yang memerlukan minuman ringan diwaktu anda tidak dapat mencari kedai-kedai yang berdekatan

10.     Merupakan satu kemudahan awam untuk semua gologan usia


Nov 4, 2013

Refill & BOD meeting

Meeting sambil refill.
Meeting membincangkan tentang nasib beberapa jenama yg tak jalan semenjak start jualan. Jenama ni cam dikenali ramai napa satu pun tak jalan ya.
Nasib baik ada lembaga pengarah yang sanggup utk cecuba jual manual, harap berjaya.


Nov 1, 2013

Refill kali keempat untuk VM01

Syukur... refill kali keempat ini menunjukkan peningkatan. Mungkin ramai dah mengenali vending mesin kami ni. Sekarang ni nak gayakan camana untuk manage stock pula.


Kat bawah ni saja dipastekan pandangan dari e-book Minda Wang.

Secara keseluruhannya, kita ada 4 jenis manusia di dunia:

1. Tiada masa dan tiada wang.
Kebanyakan pekerja jatuh pada kategori ini. Mereka bekerja setiap hari dan tiada masa untuk menikmati kehidupan. Kebanyakn dari mereka juga kahabisan wang pencen dalam masa yang sekejap di sebabkan kebebsan yang tidak dapat di kawal.

2. Tiada masa tetapi ada banyak wang.
Bekerja sendiri dan pemilik perniagaan berada dalam kategori ini. Mereka lebih bernasib baik dari golongan pekerja kerana mereka ada banyak wang. Namun, mereka bekerja keras untuk memastikan keuntungan sentiasa berada pada pihak mereka.

3. Ada masa tetapi tiada wang.
Selalunya golongan bekerja kampung, petani dan nelayan jatuh pada kategori ini. Mereka ada banyak masa tetapi tiada wang untuk di belanjakan.

4. Ada masa dan ada banyak wang.
Pemilik perniagaan besar, memiliki tanah yang banyak dan pelabur jatuh pada kategori ini. Mereka mempunyai masa yang banyak untuk membelanjakan wang. Sudah tentu, anda/saya pun mahu berada dalam tahap ini.