Kepada pihak yang berkenaan, kami dengan sukacitanya menawarkan pemasangan vending machine (air tin) di lokasi pihak tuan bagi kemudahan masyarakat sekitar untuk membeli minuman segera. Sesungguhnya dengan adanya vending machine (air tin) ini di lokasi tersebut akan menambahkan lagi bilangan kemudahan awam yang terdapat di tempat tuan.

Pihak kami sedia berbincang bagi menentukan terma dan syarat pemasangan. Sila berhubung dengan kami di talian 013 5068169 untuk urusan tersebut.

Oct 30, 2013

Ketiga kali refill 29Oct

Tarikh 29-oct refill kali ketiga (kedua bagi ceo & coo), agak memberangsangkan, Alhamdulillah sale nampaknya menunjukkan peningkatan. Ada juga jenama yang tak jalan, walaupun dah 3 kali refill.. adus apa nak buat ye.. nak jual manual pun susah jenama ni.




Oct 21, 2013

Out of stock!

Rasa teruja dan bersyukur kerana selepas 2 hari, ada produk yang out of stock.


Oct 17, 2013

Senarai produk

Bermulanya perjalanan VM_01_pentadbiran

Khamis, 17-Oct-2013 bersamaan 12-Zulhijjah-1434, tarikh keramat tentang bermulanya perjalan FB Ventures menerokai alam perniagaan berasaskan vending machine (air tin).

CEO Shamsul

CFO Shahrul

COO Nazrin

CTO Fahmi (pemalu, nampak kaki jer sedang panjat tangga)




Oct 16, 2013

Mesin pertama, mendarat.

Alhamdulillah, tarikh 16-October-2013 bersamaan 11-Zulhijjah 1434, vending mesin air tin yang pertama telah selamat mendarat di UPM. Pendaratan disambut oleh CEO & COO. Sungguh meriah sekali.


Menetap di kediaman, perancangannya...kediaman mesin ini sepatutnya dihadapan pintu masuk Bahagian Pendaftaran UPM, tetapi atas sebab tertentu ianya di ubah ke laluan ke cafe & bank, berhadapan kaunter bendahari. Semoga dilimpahkan rezeki.

Surat beranak mesin... dan dengan ini vending mesin air tin yang pertama ini dinamakan VM01_PTadbiran_22704



Oct 8, 2013

Mencari product

Jalan-jalan mencari product yang hendak dijual. 
Aduhai harga kilang lebih mahal dari harga runcit, ape cer?


Ciri-ciri product:-
- Branded, semua orang kenal brand ni
- Murah, kos murah tapi boleh dijual mahal
- Sedap
- Senang diperolehi, pengedar dan pembekal senang dicari
- Tahan lama, tarikh luput yang lama
- Presentation menarik, warna yang digunakan menarik

Nota: kena mtg lagi ni, untuk finalise product.

Oct 7, 2013

Oct 6, 2013

Board of Director meeting

First BOD meeting at Palace of Golden Horses. 
Membincangkan langkah-langkah permulaan dalam penerokaan usaha niaga vending machine.
- lantikan board of director :-
     Shamsul Bahri CEO
     Shahrul Nizam CFO
     Mohd Nazrin COO
     Ismaul Fahmi CTO

- feasibility study
- operasi
- product selection
         15 + 3
Pembahagian dividen & bonus

Meeting bersurai dan menuju ke tapak lokasi